Tuesday, November 11, 2008


cara terbaru kunci kereta....selamatkah kereta ni

JAUHI ARAK DAN DADAH

JAUHI ARAK DAN DADAH

FIRMAN ALLAH TAALA : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenun nasib adalah pekerjaan kotor daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi daripadan ( surah Al-Maidah ayat 90. )

Pengertian arak adalah minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan berfikir. Pengertian bagi dadah pula sejenis bahan, tumbuhan dan sebagainya yang boleh menghilangkan daya fikiran.

Semua perkara yang disebut di atas adalah haram disisi islam kerana sesuatu yang membinasakan tubuh badan manusia hukumnya adalah haram. Faktor-faktor lain yang menyebabkan arak dan dadah itu haram adalah kerana :-

ý Boleh menghilangkan kewarasan berfikir.
ý Membinasakan tubuh manusia , sistem saraf manusia dan terdedah kepada penyakit-penyakit fizikal dan mental.
ý Menimbulkan permusuhan dan persengketaan dalam masyarakat.
ý Sentiasa berada di bawah pengaruh syaitan. Ini menyebabkan terhalang daripada mengingati Allah S.W.T.

Oleh itu perlu kita mengamalkan cara hidup sihat jauh daripada arak dan dadah. Kesan buruk penyalahan dadah dan arak juga adalah membazirkan wang, masa dan tenaga kerana perkara tersebut adalah sia-sia sahaja. Arak dan dadah juga menyebabkan lalai menunaikan perintah Allah Taala, lalai dengan tanggungjawab sebagai murid-murid sekolah serta merosakkan budi pekerti seseorang sehingga sanggup melakukan perkara keji seperti merompak dan membunuh.

Penegasan daripada firman Allah Taala mesti diambil berat dan mesti mengamalkan hidup sihat serta menghalangnya daripada berlaku dalam hidup murid-murid semua. Ingatlah bahawa Allah Taala melihat segala perbuatan kamu dan setiap perbuatan baik akan menerima ganjaran baik dan perbuatan buruk akan dibalas buruk oleh Allah Taala.

Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Penulis : Mirsamun.

Sunday, November 9, 2008

roundabout paling susah



roundabout paling susah di dunia..