Thursday, June 25, 2009

AMALAN DIBAWA SELEPAS MATI

AMALAN YANG DIBAWA SELEPAS MATI
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,"
Yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/6
Cetakan :PKG Kuala Ketil

Wednesday, June 10, 2009

kereta kebal terbalik


macam mana boleh jadi cam ni......

Monday, June 8, 2009

Adab menguap

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Friday, June 5, 2009

kalau dah pandai lukis...


ini hanyalah lukisan sahaja....

kolam buaya. bela buaya. rilek ja..

buaya tak makn budak ni...

inilah pembela buaya ..rilek nampak.. gigit kaki kaki jap lagi..aummmmm.

JANGAN JADI JAHIL........

JAHIL INI TERBAHAGI KEPADA 2.

INGAT TUAN-TUAN KITA JANGAN INGT KITA NI PANDAI, SEDANGKAN KITA SENDIRI PUN TAK TAHU YANG KITA NI BETUL DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA....

1. JAHIL BASITH.
JAHIL YNG MEMANG TAK TAHU APA-APA PUN. HE HE HE.. CONTOHNYA..2X5 = 7 . LANGSUNG TIDAK PUNYA PENGETHUAN TENTANG SESUATU. JHIL SEPERTI INI BOLEH DI AJAR. DAN SI JAHIL BOLEH MEMPELAJARI ILMU UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN.

2. JAHIL MURAKKAB.
JAHIL NI YANG BAHAYA.......... DIA TAK TAHU APA-APA TENTANG SESUATU TETAPI DI INGAT DI TAHU ATU BETUL DALAM SEMUA PERKARA. CONTOHNYA DIA CAKAP KUBUR MASING-MASING. TUHAN CIPTA SYURGA DAN NERAKA. HABI DALAM NERAKA SIAPA NAK TINGGAL DLAM TU..... INILAH KATA-KATA JAHIL MURAKKAB.

KETAHUILAH ....

1. JAHIL ITU MUSUH ALLAH WALAUPUN SESEORANG ITU SOLEH. CONTOHNYA MELAKUKAN IBADAT DALAM KEJAHILAN . IDAK DAPAT APA-APA PAHALA PUN..

2.ALIM ITU BAIK ....... WALAUPUN FASIQ.. KERANADIA TAHU BAGAIMANA NAK BERTAUBAT DAN MENGETAHUI TENTANG ILMU-ILMU AGAMA.

MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA ALLAH S.W.T....

WALLAH HUA'LAM.