Tuesday, November 11, 2008


cara terbaru kunci kereta....selamatkah kereta ni

JAUHI ARAK DAN DADAH

JAUHI ARAK DAN DADAH

FIRMAN ALLAH TAALA : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan bertenun nasib adalah pekerjaan kotor daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi daripadan ( surah Al-Maidah ayat 90. )

Pengertian arak adalah minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan berfikir. Pengertian bagi dadah pula sejenis bahan, tumbuhan dan sebagainya yang boleh menghilangkan daya fikiran.

Semua perkara yang disebut di atas adalah haram disisi islam kerana sesuatu yang membinasakan tubuh badan manusia hukumnya adalah haram. Faktor-faktor lain yang menyebabkan arak dan dadah itu haram adalah kerana :-

ý Boleh menghilangkan kewarasan berfikir.
ý Membinasakan tubuh manusia , sistem saraf manusia dan terdedah kepada penyakit-penyakit fizikal dan mental.
ý Menimbulkan permusuhan dan persengketaan dalam masyarakat.
ý Sentiasa berada di bawah pengaruh syaitan. Ini menyebabkan terhalang daripada mengingati Allah S.W.T.

Oleh itu perlu kita mengamalkan cara hidup sihat jauh daripada arak dan dadah. Kesan buruk penyalahan dadah dan arak juga adalah membazirkan wang, masa dan tenaga kerana perkara tersebut adalah sia-sia sahaja. Arak dan dadah juga menyebabkan lalai menunaikan perintah Allah Taala, lalai dengan tanggungjawab sebagai murid-murid sekolah serta merosakkan budi pekerti seseorang sehingga sanggup melakukan perkara keji seperti merompak dan membunuh.

Penegasan daripada firman Allah Taala mesti diambil berat dan mesti mengamalkan hidup sihat serta menghalangnya daripada berlaku dalam hidup murid-murid semua. Ingatlah bahawa Allah Taala melihat segala perbuatan kamu dan setiap perbuatan baik akan menerima ganjaran baik dan perbuatan buruk akan dibalas buruk oleh Allah Taala.

Wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Penulis : Mirsamun.

Sunday, November 9, 2008

roundabout paling susah



roundabout paling susah di dunia..

Saturday, October 11, 2008

Rumah rehat atas gunung batu....tingginya


Cuba tengok tangga nak naik atas rumah rehat tu. Memang bila sampai atas mesti kena rehat..
Orang sakit jantung boleh kojol...cam tu ja....tetapi apa pun kuasa ALLAH yang menjadikan bukit yang besar cam tu kan......Wallah hu A'lam..

Friday, October 10, 2008

FADILAT SURAH AL-FATIHAH DAN SURAH AL-KAHFI

Surah al-fatihah.
1.Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-quran. Oleh itu bacalah surah Al-fatihah dengan banyak dan bacaan yang baik.

2.Al-fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam erti bacaannya.

3.Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT, baca 41 kali setiap hari, waktunya diantara solat sunat subuh dan solat fardu subuh. Nak hajat apa cuba lah buat...

Surah Al-kahfi
1.Akan mendapat ketenangan dalam hidupnya.

2.Terhindar daripada dajjal jika membaca 10 ayat permulaan surah

3.Dihindari segala fitnah orang lain kepadanya..

4.Mendapat nur dari kepala sampai kaki jika membaca awal surah ini. Jika membaca semua akan mendapat cahaya antara langit & bumi dihari kiamat.

seronok dapat cahaya ketika gelap nanti...

Ya ALLAH kurniakan lah cahaya kat kami terutama hati-hati kami.

Tuesday, October 7, 2008

jangan mabuk, dosa.... haram dalam islam

ini dia kalo dah mabuk . tak ingat mana tempat tido..... man kan pula nak sembahyang pulak.... lupa tuhan..

Petua hilang senggugut......

Petua Untuk Masalah Sakit Perut & Senggugut

1. Bagi menghilangkan sakit perut cuba petua ini. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri.

2. Senggugut memang menyakitkan.Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

3. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kedalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


Rumah gua.. wuuuu canti koo!!!!!


Ini rumah gua yang direka..... berkenan juga teman ngan rumah ni.....sapa nak beli ... tak ada jual ..... buat sendiri la.. tak reti...... beli rumah taman ja......

10 sebab doa ditolak... patut tak mustajab doa mu..

10 sebab doa ditolak

1.Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi hak2nya tdk kamu penuhi. Hak Allah ialah disembah bererti mentaati seluruh perintahNya& menghentikan larangannya.

2.Kamu membaca Al-quran tetapi isinya kamu tidak amalkan. 3.Kamu mengaku mencintai Rasullullah tetapi sunnahnya tidak kamu jalankan.

4.Kamu mengaku, bahawa syaitan itu musuhmu, tetapi kamu patuh padanya. Iaitu patuh pada hasutannya.

5.Kamu selalu berdoa untuk melepaskan diri dari siksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.

6.Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk menghampirinya iaitu beribadat serta mentaati Allah Ta’ala.

7.Kamu katakana kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapainya.

8.Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu / kawanmu. Tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.

9.Kamu kuburkan org yg meninggal dunia. Tetapi kamu tdk m,gambil pengajaran dr peristiwa itu. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tdk bersyukur kepadanya.

kata-kata Ibrahim Adham...
dengarlah kata-kata ni yang akan menambahkan keimanan ke dalam hati kita..

ular ni tak belit orang rasanya


sapa berani wat cam ni..........ganti pompuan tu.


bukan ganti ular tu... ada faham...... he he geli-geli ngan ular

Sujud Sahwi..........sunat ya dilakukan

Sujud Sahwi......

1.Sujud 2 kali selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

2.Sujud sahwi disunatkan untuk mengganti @ menampal yang tertinggal, ditinggal @ terlupa mengerjakan sunat-sunat ab’adh ketika solat. Seperti membaca tahiyyat awal @ qunut.

3.Demikian juga terlupa rukun fi’li seperti rukuk menjadi 2 kali atau sujud menjadi 3 kali.

4.Jika terlupa rakaat solat atau ragu-ragu, maka hendaklah di tambah satu lagi dan disempurnakan sujud sahwi

5.Bacaan sujud sahwi. Subhana man la yanamu wa la yashu. سبحان من لا ينام ولا يسهو

Maksudnya :Maha Suci Tuhanku yang tidak tidur dan tidak lupa...

Elok dilakukan sujud sahwi lah..

jika kain boleh ditampung untuk mengelokannya..
kita pun kena tampung apa yang kurang dengan solat kita ya.....
jangan jadi macam ni........... kesian kat kuda... mati ooo

Monday, October 6, 2008

salam perkenalan

Assalamualaikum semua .......

Tuesday, September 23, 2008

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKKK 08



Sambutan Maulidur Rasul SKKK 08. Terima kasih kepada yang membantu .......terutama guru SKKK.

Monday, September 22, 2008

Kuasa ALLLAH...





labah-labah di Iraq. kena sengat boleh mati oooooo.
rangka gergasi manusia.

WUDUK......

RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH


Wudhu' (Wuduk)

Sabda Rasulullah (s.a.w)"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa"
[Hadith Riwayat Muslim]

Kita perlu menjaga wuduk kita agar kita berada dalam keadaan dan dapat melakukan ibadat dengan lebih baik.

Wahai murid-murid sekalian ketahuilah bahawa jika kita mengambil wuduk, dosa yang kita lakukan akan gugur bersama titisan air wuduk yang kita ambil. Sesungguhnya kita masih melakukan dosa-dosa yang tidak kita sangkakan. Oleh itu untuk menggugurkan dosa maka sentiasalah berwuduk jika terbatal kerana akan menggugurkan dosa kita.

Selain itu, berwuduk juga dapat menyihatkan tubuh badan kita semua. Beberapa penemuan saintifik melalui berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

Amalkan sentiasa berada dalam keadaan wuduk kerana amalan itu amat menguntungkan kita semua dan murid-murid sekalian. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha pengasihani. Wassalam…………..

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/7

Ular sawa........besonya..




Tu dia ular sawa, dari Sri Lanka...... Orang kampung tangkap dan belah perutnya.

ZIKIR (ZIKRULLAH) banyak-banyak yer....


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH
PENDIDIKAN BERTERASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

ZIKIR (ZIKRULLAH)
Pengertian Zikir

Zikir ertinya ingat. Bila kita mencintai dan menyayangi sesuatu, maka kita akan banyak mengingatinya. Bila kita banyak mengingatinya maka sudah tentu kita akan banyak menyebutnya.

Wahai murid-murid sekalian, pasti murid-murid dapat menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan La ila ha illa lallah. Itu semua adalah zikir.

Zikir adalah ibadat yang paling senang
Semua ibadat mempunyai syarat sahnya kecuali zikir. Ia harus dilakukan samada dalam keadaan toharah (bersih) atau berhadas, semasa berdiri, duduk, mengiring dan dalam semua keadaan. Berkata Imam Nawawi: “Ijmak ulamak mengharuskan zikir samada zikir lisan atau hati bagi yang berhadas, berjunub, orang yang haid dan juga nifas”.
Oleh itu hendaklah semua murid-murid melakukan ibadat zikir. Dengan hanya berzikir murid-murid akan merima pahala dan akan menjadi tenang.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
[Surah ar-Ra’d: ayat 28]

Sabda Rasullullah s.a.w: Perumpamaan orang yang mengingati (dan menyebut) tuhannya dengan orang yang tidak mengingatiNya adalah seumpama (perbezaan) orang yang hidup dan mati.

[Riwayat Bukhari]
Begitulah perumpaan orang yang berzikir dan tidak berzikir pada pandangan Allah s.a.w, iaitu seumpama hidup jika berzikir dan mati jika tidak berzikir. Oleh itu wahai murid-murid sekalian, hendak semua berzikir kepada Allah s.w.t .
Wassalammualaikum

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08

6 Perkara Mendorong Seseorang mengumpat.


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakankeburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan diantara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/3

dikir barat..........arab yooo

Inilah hasil usaha Ust Suhaidy dan Cikgu Zuhaida yang berusaha melatih murid-murid dikir barat dengan tekun............teruskan usaha. semoga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.




Saturday, September 20, 2008

AMALAN YANG DIBAWA SELEPAS MATI.... BEKAL KITA...


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH

AMALAN YANG DIBAWA SELEPAS MATI

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain,"
Yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/2


Dilarang Mengumpat


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH

MALU DAN KELEBIHANNYA

PENGERTIAN MALU: (Al-ahya)
Malu adalah perasaan yang menegah seseorang daripada melakukan perkara yang tidak baik. Ini disebut sebagai al-ahya’ dalam bahasa arab.
Malu tidak pada tempatnya pula seperti murid tidak menjawab ketika guru bertanyakan namanya. Ini dipanggil Al-hajal.
Dari Ibnu umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w melalui seorang lelaki ansar yang sedang menasihati saudaranya yang malu. Maka sabda Rasullullah s.a.w : Biarkannya sesungguhnya malu itu dariapada iman.
[Muttafaqun alaih]

Murid-murid yang dikasihi sekalian, hendaklah kamu semua malu dengan perbuatan yang menyalahi agama, adab dan tatasusila sebagai murid. Jika murid-murid tidak malu dengan perbuatan sendiri yang salah akan membuatakan diri murid-murid tidak berada dalam kebaikan.
Sabda Rasullullah s.a.w : Malu tidak datang kecuali untuk kebaikan.
[Muttafaqun alaih]

Dari Abi Hurairah r.a, sabda rasullullah s.a.w : Iman itu 70 cabang atau 60 cabang. Sebaik-baiknya kata-kata “La ila ha illa Allah, serendahnya membuang suatu (batu atau duri) dari jalan, dan malu satu cabang daripada iman .
[Muttafaqun alaih]

Rasullullah s.a.w mempunyai sifat malu yang perlu dicontohi kerana apabila Rasullulah melihat sesuatu yang yang dibenci akan berubah air mukanya. Jika ada perkara yang bertepatan dengan agama. Air muka rasullullah akan berseri-seri .

Amalkan sifat malu ini kerana akan menghadang murid-murid dari melakukan sesuatu yang buruk dan keji. Wassalam….

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08