Monday, September 22, 2008

WUDUK......

RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH


Wudhu' (Wuduk)

Sabda Rasulullah (s.a.w)"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih dari dosa"
[Hadith Riwayat Muslim]

Kita perlu menjaga wuduk kita agar kita berada dalam keadaan dan dapat melakukan ibadat dengan lebih baik.

Wahai murid-murid sekalian ketahuilah bahawa jika kita mengambil wuduk, dosa yang kita lakukan akan gugur bersama titisan air wuduk yang kita ambil. Sesungguhnya kita masih melakukan dosa-dosa yang tidak kita sangkakan. Oleh itu untuk menggugurkan dosa maka sentiasalah berwuduk jika terbatal kerana akan menggugurkan dosa kita.

Selain itu, berwuduk juga dapat menyihatkan tubuh badan kita semua. Beberapa penemuan saintifik melalui berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..

5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

Amalkan sentiasa berada dalam keadaan wuduk kerana amalan itu amat menguntungkan kita semua dan murid-murid sekalian. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha pengasihani. Wassalam…………..

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/7

No comments: