Saturday, October 11, 2008

Rumah rehat atas gunung batu....tingginya


Cuba tengok tangga nak naik atas rumah rehat tu. Memang bila sampai atas mesti kena rehat..
Orang sakit jantung boleh kojol...cam tu ja....tetapi apa pun kuasa ALLAH yang menjadikan bukit yang besar cam tu kan......Wallah hu A'lam..

Friday, October 10, 2008

FADILAT SURAH AL-FATIHAH DAN SURAH AL-KAHFI

Surah al-fatihah.
1.Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-quran. Oleh itu bacalah surah Al-fatihah dengan banyak dan bacaan yang baik.

2.Al-fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam erti bacaannya.

3.Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT, baca 41 kali setiap hari, waktunya diantara solat sunat subuh dan solat fardu subuh. Nak hajat apa cuba lah buat...

Surah Al-kahfi
1.Akan mendapat ketenangan dalam hidupnya.

2.Terhindar daripada dajjal jika membaca 10 ayat permulaan surah

3.Dihindari segala fitnah orang lain kepadanya..

4.Mendapat nur dari kepala sampai kaki jika membaca awal surah ini. Jika membaca semua akan mendapat cahaya antara langit & bumi dihari kiamat.

seronok dapat cahaya ketika gelap nanti...

Ya ALLAH kurniakan lah cahaya kat kami terutama hati-hati kami.

Tuesday, October 7, 2008

jangan mabuk, dosa.... haram dalam islam

ini dia kalo dah mabuk . tak ingat mana tempat tido..... man kan pula nak sembahyang pulak.... lupa tuhan..

Petua hilang senggugut......

Petua Untuk Masalah Sakit Perut & Senggugut

1. Bagi menghilangkan sakit perut cuba petua ini. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri.

2. Senggugut memang menyakitkan.Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

3. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kedalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


Rumah gua.. wuuuu canti koo!!!!!


Ini rumah gua yang direka..... berkenan juga teman ngan rumah ni.....sapa nak beli ... tak ada jual ..... buat sendiri la.. tak reti...... beli rumah taman ja......

10 sebab doa ditolak... patut tak mustajab doa mu..

10 sebab doa ditolak

1.Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi hak2nya tdk kamu penuhi. Hak Allah ialah disembah bererti mentaati seluruh perintahNya& menghentikan larangannya.

2.Kamu membaca Al-quran tetapi isinya kamu tidak amalkan. 3.Kamu mengaku mencintai Rasullullah tetapi sunnahnya tidak kamu jalankan.

4.Kamu mengaku, bahawa syaitan itu musuhmu, tetapi kamu patuh padanya. Iaitu patuh pada hasutannya.

5.Kamu selalu berdoa untuk melepaskan diri dari siksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.

6.Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk menghampirinya iaitu beribadat serta mentaati Allah Ta’ala.

7.Kamu katakana kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapainya.

8.Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu / kawanmu. Tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.

9.Kamu kuburkan org yg meninggal dunia. Tetapi kamu tdk m,gambil pengajaran dr peristiwa itu. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tdk bersyukur kepadanya.

kata-kata Ibrahim Adham...
dengarlah kata-kata ni yang akan menambahkan keimanan ke dalam hati kita..

ular ni tak belit orang rasanya


sapa berani wat cam ni..........ganti pompuan tu.


bukan ganti ular tu... ada faham...... he he geli-geli ngan ular

Sujud Sahwi..........sunat ya dilakukan

Sujud Sahwi......

1.Sujud 2 kali selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

2.Sujud sahwi disunatkan untuk mengganti @ menampal yang tertinggal, ditinggal @ terlupa mengerjakan sunat-sunat ab’adh ketika solat. Seperti membaca tahiyyat awal @ qunut.

3.Demikian juga terlupa rukun fi’li seperti rukuk menjadi 2 kali atau sujud menjadi 3 kali.

4.Jika terlupa rakaat solat atau ragu-ragu, maka hendaklah di tambah satu lagi dan disempurnakan sujud sahwi

5.Bacaan sujud sahwi. Subhana man la yanamu wa la yashu. سبحان من لا ينام ولا يسهو

Maksudnya :Maha Suci Tuhanku yang tidak tidur dan tidak lupa...

Elok dilakukan sujud sahwi lah..

jika kain boleh ditampung untuk mengelokannya..
kita pun kena tampung apa yang kurang dengan solat kita ya.....
jangan jadi macam ni........... kesian kat kuda... mati ooo

Monday, October 6, 2008

salam perkenalan

Assalamualaikum semua .......