Tuesday, October 7, 2008

Sujud Sahwi..........sunat ya dilakukan

Sujud Sahwi......

1.Sujud 2 kali selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam.

2.Sujud sahwi disunatkan untuk mengganti @ menampal yang tertinggal, ditinggal @ terlupa mengerjakan sunat-sunat ab’adh ketika solat. Seperti membaca tahiyyat awal @ qunut.

3.Demikian juga terlupa rukun fi’li seperti rukuk menjadi 2 kali atau sujud menjadi 3 kali.

4.Jika terlupa rakaat solat atau ragu-ragu, maka hendaklah di tambah satu lagi dan disempurnakan sujud sahwi

5.Bacaan sujud sahwi. Subhana man la yanamu wa la yashu. سبحان من لا ينام ولا يسهو

Maksudnya :Maha Suci Tuhanku yang tidak tidur dan tidak lupa...

Elok dilakukan sujud sahwi lah..

jika kain boleh ditampung untuk mengelokannya..
kita pun kena tampung apa yang kurang dengan solat kita ya.....

No comments: