Saturday, September 20, 2008

Dilarang Mengumpat


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH

MALU DAN KELEBIHANNYA

PENGERTIAN MALU: (Al-ahya)
Malu adalah perasaan yang menegah seseorang daripada melakukan perkara yang tidak baik. Ini disebut sebagai al-ahya’ dalam bahasa arab.
Malu tidak pada tempatnya pula seperti murid tidak menjawab ketika guru bertanyakan namanya. Ini dipanggil Al-hajal.
Dari Ibnu umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w melalui seorang lelaki ansar yang sedang menasihati saudaranya yang malu. Maka sabda Rasullullah s.a.w : Biarkannya sesungguhnya malu itu dariapada iman.
[Muttafaqun alaih]

Murid-murid yang dikasihi sekalian, hendaklah kamu semua malu dengan perbuatan yang menyalahi agama, adab dan tatasusila sebagai murid. Jika murid-murid tidak malu dengan perbuatan sendiri yang salah akan membuatakan diri murid-murid tidak berada dalam kebaikan.
Sabda Rasullullah s.a.w : Malu tidak datang kecuali untuk kebaikan.
[Muttafaqun alaih]

Dari Abi Hurairah r.a, sabda rasullullah s.a.w : Iman itu 70 cabang atau 60 cabang. Sebaik-baiknya kata-kata “La ila ha illa Allah, serendahnya membuang suatu (batu atau duri) dari jalan, dan malu satu cabang daripada iman .
[Muttafaqun alaih]

Rasullullah s.a.w mempunyai sifat malu yang perlu dicontohi kerana apabila Rasullulah melihat sesuatu yang yang dibenci akan berubah air mukanya. Jika ada perkara yang bertepatan dengan agama. Air muka rasullullah akan berseri-seri .

Amalkan sifat malu ini kerana akan menghadang murid-murid dari melakukan sesuatu yang buruk dan keji. Wassalam….

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08

No comments: