Monday, September 22, 2008

6 Perkara Mendorong Seseorang mengumpat.


RISALAH PENDIDIKAN BERTERAS AL-QURAN DAN SUNNAH

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakankeburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan diantara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Mirsamun ppi/jqaf/skkk/08/3

No comments: