Monday, July 13, 2009

IMAM ABU HANIFAH (R.A) BERDAILONG DENGAN SARJANA ATHEIS.

"Kalian kata, Allah itu ada....Tapi dimana Dia....?Mana tempatNya?Di mana Dia muncul....?Tidak nampak pun? cakappppppppp....!!!!!Tuan-tuan....!!! beritahu saya,dimana Tuhan berada...kalau benar-benar wujud.....?"

Garau dan keras sekali suara itu,sekalian yg hadir diam terpaku tidak mampu berkata apa-apaBeberapa orang ulama yg turut berada dalam perhimpunan itu pun tidak dapat berbuat apa-apa.Untuk menegahnya daripada berceramah, tidak bertemu point yg sesuai dan logik utk mematahkan hujahnya itu.Pendek kata, kesemua ulama yg hadir pagi tu turut kecundang.

"Cuba tuan-tuan fikir,munasabah tidak, Allah itu wujud tapi tida diketahui dimana tempatNya......? tidak masuk akal langsung....!!Dahari terus ketawa terbahak-bahakTidak ada seorang ulama pun yg berani berhadapan dengannya.

"Hahh...Masih adakah lagi ahli-ahli ilmu yg ada disini yg bersedia utk berdebat dengan aku....?"Soal Dahari lagi.Takburnya semakin memuncak.Orang ramai yg hadir pagi tu berpaling kepada Hamad,seorang ulama Ilmu Kalam yang tiadak kurang juga ketokohannya dalam bidang usuluddin.Beberapa hadirin yg tidak senang hati denga n keegoaan Dahari yg mulhid itu,cuba mendesak Hamad agar melakukan sesuatu."Ya..!!Memang kami ada seorang guru,namanya Hamad."Tiba-tiba terdengar satu suara.Hamad tunduk.Wajahnya sugul menahan sebak dalam diam dia beristiqfar dan bertasbih.

"Subhanallah....Subhanallah...walahaulawala quwwata illa billahil' aliyyil ' azim.....!!!".Lidahnya terus melafazkan mensucikan kalimah yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.Dia beristiqfar lagi.Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yg dilemparkan oleh Dahari yang biadap dan meterialisme itu.Mempertikaikan keesaan Allah Taala bukanlah perkara kecil dalam Islam.Ini kes berat ni.....!!Hatinya sungguh cukup pedih.Roh ketauhidannya bergeloraMahu rasanya dipenggal leher Dahari yg angkuh dengan kemulhidannya itu.Ya, disitu juga didepan ribuan mata yg turut hadir dalam majlis itu.

Setelah itu,,Dahari meminta agar khalifah memanggil mu'allim yg dimaksudkan oleh orang ramai itu tadi.Atas permintaan khalifah agar menyahut cabaran Dahari,Hamad akur dan memohon tangguh semalaman utk membuat persedianan.

Keesokannya,pagi-pagi lagi muncul Imam Abu Hanifah (r.a) murid beliau yg paling rapat dengannya.Nama sebenarnya ialah Nu'man, dan ketika itu usianya masih lagi remaja.Bila ternampak gurunya yg sunggul itu, Abu hanifah pun bertanya utk mendapat kepastian.Lalu Hamad menceritakan keadan sebenar sebagaimana yg dikehendaki oleh khalifah.Dalam pada itu,teringat Hamad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada anak muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyu'

"......Aku bermimpi ada sebuah dusun yg amat luas lagi indah,Di sana ada aku lihat ada setongkol kayu yg rendang dan lebat buahnya tiba-tiba disitu keluar seekor khinziryang keluar dr hujung kampung lalau habis dimakan buah 2 yang masak ranum sehingga kedaun dan dahan2 habis diratah yang tinggal hanya batangnya sahaja.dalam pada itu juga keluar seekor harimau dr umbi dr pokok tersebut,lalu menerkan khinzir itu dengan gigi dan kukunya yg tajam.lalu khinzir tadi mati disitu juga.Hamad termenung seketika kekalutan pemikiran yg dicetuskan Dahari pagi semalam yg bisa mengugat pegangan akidah umat ini tidak bisa dibiarkan,mesti dihapuskan segera,cetus hatinya.wajahnya yg tenang bagai air dikali yg jernih masih nampak bercahaya walau dalam saat yg begitu genting.

Satu kelebihan Imam Abu Hanifah beliau juga dikurniakan kelebihan ilmu menta`bir mimpi sebagaiman Nabi Yusuf (a.s).Pada pengamatannya juga mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa Dahari pasti akan menerima padahnya nanti.Dan setelah mendapat kizinan gurunya dia pun cuba mentafsirkannya

"Apa yg tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai ladang yang luas lagi indah adalah tamsilan kepada agama Islam .Pokok yang berbuah lebat itu pula adalah tamsilan kepada sekalian ulama`nya ,manakala sepohom kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri.Dan khinzir yang tiba-tiba muncul yg merosakan pohon itu adalah si Dahari itu,manakala harimau yg keluar membaham khizir tadi adalah saya"kata Imam Abu Hanifah.Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya untuk berdepan dengan di Dahari itu dengan berharapkan hemah dan tuan gurunya sendiri.

Betapa gembiranya hati Hamad bila tercetusnya keinginan dari hati anak muridnya sendiri,rasa sugulnya dari semenjak pagi semalam telah hilang.

Jesteru,berangkatlah ilmuan muda itu bersama gurunya untuk pergi ke Mazjid Jami',dimana majlis dailog akan diadakan.Setibanya khalifah disana dan orang ramai pun telah lama menunggu,tibalah Dahari lalu berjalan menaiki mimbar.Lantas beliau terus mencabar sesiapa sahaja yang sanggup menjawab segala soalannya nanti.

"Hai Dahari...apa yg dirisaukan orang yang mengetahui pasti menjawabnya sahut Abu Hanifah yg berdiri di samping gurunya!!!"tersentak Dahari.Matanya dan mata Abu Hanifah betembung."Siapa kamu Wahai anak muda?Berani sungguh menyahut seruanku,sedangkan ulama yg hebat-hebat, dengan jubah serbannya yang besar-besar dan tangan baju yang luas pun telah aku tewaskan inikan pula kau! budak hingusan"Lantang suara Dahari membidas cuping telinga Abu Hanifah

Dengan wajah tenang Abu Hanifah berhujah,"Hai Dahari Allah tidak meletakkan kemulian itu pada jubah yang besar atau pada pada jubah yang labuh lagi mahal atau pada tangan baju yang luas!bahkan kehebatan itu hanyalah terletak kepada ulama sebagaimana yang disifatkan sendiri oleh Allah dalam Surah Mujadalah 9

''Allah yang mengangkat orang-orang yangberiman dari kalngan kamu dan begitu jga orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan akan beberapa darjat "
Geram rasanya hati Dahari mendengar kepetahan lidah sikecil ini berhujah lantas diulanginya sekali lagi pertanyaannya sebentar tadi.Jesteru,terus dijawab oleh Abu Hanifah "bahkan aku akan menjawab segala pertanyaan itu dengan taufiq dari Allah SWT"tegasnya.

Maka,berlangsunglah majlis dailog sebagaimana yang telah dirancangkan semalam perdebatan antara Abu Hanifah dengan AlDahriah yang terkenal dengan pemikiran meterialis atau eteisnya itu,turut disaksikan juga oleh Khalifah bersama para hadirin yang telah lama membanjiri Masjid Jami' semenjak pagi lagi.

"Benarkah Allah itu wujud?"soal Dahari memulakan majlis dailognya."Bahkan memang Allah memang wujud"tegas Abu hanifah."Kalau Allah maujud(wujud),dimanakah tempatnya?"suara Dahari semakin tinggi."Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!'hairan kau kat Allah itu wujud tapi tidak bertempat pula?"singgung Dahari sambil melemparkan senyuman kepada hadirin "Ah! itu senang sahaja wahai Dahari cuba kamu lihat pada diri kamu sendiri,Bukankah pada dirimu itu adanya nyawa?"Abu Hanifah mula berhujah.Orang ramai memerhati gaya keilmuan muda ini berhujah dengan penuh minat..
"Bahkan,memang aku aku ada nyawa dan memang setiap makhluk yang bernafas itu bernyawa"sahut Dahari ."Tetapi adakah kau ketahui dimanakah letaknya roh kamu? diperutkah atau dikepalakah?atau dihujung kakimu?"Tercengang Dahari seketika.Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu,Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahari,seraya berkata,"Adakah dalam air susu in ada terkandungnya lemak?"pantas Dahari menjawab."Ya.Bahkan!"Abu Hanifah bertanya lagi kalau begitu dimanakah lemak itu berada?"dibahagian atasnyakah atau di bawahkah?"sekali lagi Dahri tercengang tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah berada nya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak air susu ini pun kita tidak upaya masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah Zat Allah di alam maya ini....?Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini....termasuk lah roh dan akal dangkal kita ini,pun ciptaanNya yang tunduk dan patuh dibawah urusan takbir dibawah keraajan nya yg Maha Agung..."Agak panjang Abu Hanifah menghurai suaranya keras sedikit suasana menjadi agar bigar.Dahari terpaku dikerusi terbumkan lidahnya merah mukanya kesabaranya mula terburai.

Bila keadaan agak reda Dahari membentangkan soalan keduanya."Hei orang muda...! Apakah yg wujud sebelum Allah dan apa pula yg muncul setelah Dia mati?"Semua mata tertumpu kepada Abu Hanifah,murid Hamad yg pintar itu.

"Wahai Dahari..!!Tidak ada pun satu yg wujud sebelum Allah dan tidak ada sesuatu jua yg muncul selepasnya.Allah tetap qadim dan azli dialah yagng awal dan dialah yg akhir."tegas abu hadifah ringkas tetapi padat.

"Pelik sungguh..!Mana mungkin begitu..?Tuhan wujud tanpa permulaanya?dan mana mungkin pula dia yg terakhir tanpa ada lagi selepasnya Dahari cuba berdalih dengan minda logiknya.

Denga tersenyum Abu Hanifah menjelaskan."Ya..!dalilnya ada pada diri kamu sendiri,cuba kamu lihat pada ibu jarimu itu,jari apakah yg kau nampak sebelum jari itu?Sambil menunding ibu jarinya kelangit dan beberapa hadirin turur berbuat demikian."Dan pada jari manis kau itu,adakah jari yg selepasnya .Dahari menbelek-belek jari jemarinya tidak terpikir dia persoalan yg sekecil itu yg diambil oleh Abu Hanifah.\

"Jadi....!Kalau lah pada jari kita yg kecil in pun tidak mampu kita fikir apakah lagi Allah,Zat Yang Maha Agung Itu! yang tiada suatu yg mendahuluinya dan tiada satu yg kemudian selepasnya."sambung Abu Hanifah lagi cukup tegas.Kedengaran suara orang ramai bercakap2 sesama sendiri.Keadaan kembali hingar.Khalifah yg mengikut dari awak perbincangan itu tersemyum lebar.Puas.

` Sekali lagi Dahari tercengah.Terbumkan.Namun masih belum berputus asa utk mematahkan hujah anak muda yg telah memalukan dia dikhalayak ramai pagi itu.Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahari dengan penuh tanda tanya.Dahari berfikir seketika,mencari jalan,mencari edia.Minda tokoh-tokoh meterialis,golongan falsafah rom dan yunani ,puak zanadiqah dan golongan tobiiyun(netrualis),muncul silih berganti disegenap penjuru dewan mindanya.Masing-masing bersekongkol utk memberi edia.dia tersenyum semacam satu insprisi baru telah mencuntik mindanya.Ya...!!Lidah mudah hingusan ini mesti disiat-siatkannya segera!Mesti!Hati Dahari bergelodak bagai air tengah mengelegak.

"Ini soalan yg terakhir utk mu,hai budak mentah!"Sengaja Dahari mengeraskan suaranya agar rasa malunya tu akan terperosok."khabarkanlah wahai Dahari akan tetap aku sahut...InsyaAllah!"Tegas Abu Hanifah sambil menjeling kearah gurunya,Hamad,yang menjadi inprirasinya sepanjang sidang dialog pagi itu.

"Allah itu ada,Katamu.Ha..!!Apa yang sedang dia lakukan sekarang..."Terpacul satu soalan dr kedua bibir dahari.Orang ramai berpandangan sesama sendiri.Keadaan agak hingar.Kening khalifah berkerut.Bimbang dia kalau-kalau Abu hanifah mati hujah dijerut soalan terakhir Dahari zindiq itu.Hatinya berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada Abu Hanifah.Kemenangan pasti berpihak kepada kebenaran.Dia optimis!

Dengan nada sinis,Abu Hanifah Berhujah,"Eh..!Cara engkau ni agak terbalik wahai Dahari.Sepatutnya orang yg memberi penjelasan perkara itu,dan si penanya sepatutnya berada dibawah...!jadi ,kalau engkau sanggup turun dr mimbar itu barulah akau sudi menjawabnya."

Pemuka edologi Ad Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar itu,terus berjalan turun meninggalkan Masjid Jami itu.Seluruh mata memerhatikan gelagatnya.Khalifah tidak berkata apa-apa.Hamad memerhatikan sahaja tingkah muridnya.Hatinya pasrah.

Abu Hanifah pun naiklah ke mimbar menggantkan tempat Dahari.Setelah soalan tadi diulangi ,dengan tegas Abu HaniFah berkata,"Hai Dahari...,Kalau kau nak tahu apa yg Allah sedang lakukan sekarang...Lihatlah pada dirimu itu...Allah sedang mengugurkan yg batil sebagaimana kamu itu,yang berada diatas mimnbar,diturunkan Allah kebawah mimbar,dan Allah juga menaikkan yg hak sebagaimana aku yang berada dibawah sana, telah dinaikkan nya keatas mimbar Majid Jami ini.!"

Bagai halilintar,hujah Abu Hanifah menerjah kedua dua pipi Dahari mukanya mula bertukar warna.sekejap merah sekejap biru.Tidak mampu rasanya lagi menentang sinar mata ilmuan muda ini.Nak mengangkat mukanya kepada hadirin pun rasa kelu dan tergamam seluruh mata memerhatikan gelagatnya yg masih lagi bagai unggun mati menunggu rebah lantas,terus dia mengangkat kaki dan berlalu dr situ org ramai bersorak kegembiraan semuanya memuji kewibawaan abu hanifah yg telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dr lidah Dahari mulhid itu.Hamd tersenyum puas.Khalifah juga bergitu.Sehingga kehari ini nama Imam Abu Hanifah terus dikenali serata dunia sebagai seorg fuqaha' dan salah seorang drpd imam mujtahid mutlak yg empat.Kemunculan dlm Mazhab Hanafi dlm Fikh Syariah juga mengambil nama sempena nama faqih ini.

Disesuaikan dr kitab Aqidatul Najin Fi Ilmi Usuluddin halamn 7-9 oleh Syeikh Zainal Abidin B Muhammad Al Fatami

No comments: